GOSSIP - TIGA DISUMPAH OLEH IBUNYA?

Ultra Gossip - Baru-baru ni, kecoh di UltraNet terutama sekali di laman Facebook mengenai gambar Tiga disumpah menjadi batu. Betul ke?

Selepas ditemui, Tiga yang masih dalam keadaan sihat dan normal itu ditemui dan sempat ditemu ramah oleh Ultra Media Team. Menurut Tiga, itu adalah cerita bohong dan gambar itu adalah gambar patungnya sahaja.

Bukan Tiga sahaja yang ada patung batu, tetapi ultraman lain juga turut menyimpan benda seperti ini di rumah masing-masing.

"Saya tak kena sumpah. Itu semua bohong dan mengarut. Saya dan Ibu saya baik sahaja malah, kami baru sahaja bercuti di Antartika..............Itu adalah gambar patung saya. Ultraman lain pun ada. Ini adalah benda biasa yang dibuat oleh ultraman...................Kepada yang nak fitnah saya, ingatlah, bukan saya yang berdosa."

Itulah antara 3 kata-kata ultraman Tiga. Jadi, siapa-siapa yang nampak benda macam ni, tuan punya gambar dah bagitau. Harap anda semua maklum. Kaji dulu sebelum percaya.

No comments:

Post a Comment